Tuesday, 4 June 2013

Kenapa Aku


Setahun
Dua tahun
Tiga tahun
Mungkin juga selama lamanya
Di depan aku dia
Di kiri aku dia
Di kanan aku dia
Di belakang aku dia
Benar dia ada atau aku separuh gila?
Aku nampak
Aku nampak dia di mana mana
Tolong
Tolong bagi tau salah aku apa?
Salah aku apa??
Sampai lupakan dia jadi sesuatu yang seksa

Benar dia ada atau benar aku gila?

Kalau

Kalau aku boleh
Hibur kan hati dengan
Dengan geletek dia tanpa henti

Kalau aku boleh
Panjangkan mimpi
Dengan 3 tali tangsi

Kalau aku boleh
Hilangkan rindu
Dengan meniupnya sekali

Kalau dia boleh
Muncul di depan ni
Dengan janji yang tak pernah di pateri

Cerita dia kalau lah kan ?


Jiwa dan Hati

Masih ramai yang tak mengerti
Jauh sekali memahami
Cinta terakhir yang datang dalam diri
Adalah cinta yang ingin dimiliki
Tetapi cinta itu pergi
Diri ini masih sendiri
Mereka fikir otak ini dah terhenti
Mereka tahu jiwa ini masih tercari cari
Jadi ini jawapan buat mereka yang cuba menyelami

“ Aku menunggu cinta dari illahi “

Jangan Lemah

Puas kah kau menangis di dalam hujan?
Puas kah kau menangis di dalam jamban?
Puas kah kau menangis di saat kau pasti
Esok air mata jahanam itu akan mengalir lagi?
Kau seharusnya kuat melawan sakit
Kau sudah biasa melayan perit
Sekarang kau menangis?
Untuk apa air mata itu berada di situ?
Bangkit dan teruskan perjalanan
Jangan jadi perempuan lemah
Yang hanya pandai bermain air mata
Dari kau menangis

Lebih baik kau mati

Haters

Mereka kata
Aku belum cukup kenal diri aku
Mereka caci
Mereka benci
Aku sendiri ternanti nanti
Macam mana hidup aku
Kalau aku terus begini?
Aku bangkit dan berlari
Sehingga nafas hampir putus dan berhenti
Aku mungkin tak tahu siapa diri aku
Tapi jiwa
Jiwa yang ada dalam diri ini cukup sebati
Aku janji
Sampai masanya nanti

Mereka yang membenci akan kembali menyayangi

Dia dan Cinta


Dia masih belajar
Apa erti sebenar cinta
Dia masih mengharap
Cinta akan muncul depan mata
Dia masih menanti
Kewujudan cinta yang samar
Dia cuba mengerti
Mengapa cinta yang ibarat gula gula
Bisa menjadi duri di dasar hati
dia cuba menapis
segala pahit cinta
dan mengambil kemanisan rasa sahaja
dia tak tahu apa apa
dia tak tahu apa yang dia mahu
sehingga cinta datang melutut
mengekor
menjelma di merata rata
dia mendekat dan menerima kehadiran cinta
dia dan cinta
cinta dan dia


Bongkak, Riak, dan Berlagak

Dia dianggap bongkak
Kerana tidak menerima cinta
Dia dianggap riak
Kerana tidak menerima cinta
Dia dianggap berlagak
Juga kerana tidak menerima cinta
Dia senyum
Dia hanya diam
Mereka memandang
Dia hanya berjalan
Dia tidak bongkak
Bukan juga riak
Jauh sekali berlagak
Dia mahu teriak
Tapi tersekat di tekak
Dia senyum lagi
Dia Cuma mampu berbisik
“cukuplah sekali disakiti cinta”


Bila

Bila boleh aku kasi tau dunia?
Cinta yang ada ini milik dia
Bila boleh aku jerit gempita?
Hati dia aku punya
Bila boleh aku bisikkan pada jiwa?
Ikhlas nya dia dalam tiap bicara
Bila boleh aku percaya?
Kalau sampai sekarang
Semuanya di rahsia

Biar

Lakukan
Apa yang kau mahu lakukan
Lakukan
Walau manusia lain tidak faham
Lakukan
Kerana itu lebih memuaskan
Lakukan
Cuma lakukan
Teruskan
Biar mereka hina, caci, maki, atau memulaukan
Biar mereka kata apa saja

Tapi jangan biar mereka mematah kan

Aku Perempuan

Aku perempuan bodoh
Sebab masih menunggu
Aku perempuan sengal
Sebab cuba untuk kekal
Aku perempuan sebal
Sebab masih hidup walau jantung hampir kritikal
Aku perempuan gila
Sebab aku tetap nak setia
Aku perempuan buta
Sebab tutup mata bila nampak salah dia
Aku perempuan tak berakal
Aku perempuan hina
Yang bodoh tak tahu apa apa
Maruah aku dipijak pijak
Dicampak ke dinding
Di hentak ke lantai
Aku bisa apa?
Aku perempuan
Perempuan biasa.