Aku harus kembali pada takuk lama
Di mana aku hanya berada di bilik
Menghabiskan sisa sisa malam berkarya
Masih aku perlukan mereka yang di puncak
Masih aku perlukan riang tawa berkehendak
Tapi aku harus berpisah kerana jelak
Mengisi hari bersama jiwa retak
Mungkin ada hikmahnya
Kenapa aku perlu korbankan jiwa
Berkarya boleh di mana-mana
Lagi pula, aku menulis bukan kerana nama.
No comments:
Post a Comment